Tuesday 23 August 2016

wahai Lisanna,
jangan sekali-kali biarkan dirimu
dalam keterlupaan yang berpanjangan,
kerana aku sudah cukup menderita,
tanpa engkau yang memberikan padaku
segala ketenangan dan kedamaian,
yang telah aku nikmati selama ini,
mimpiku adalah kengerian buatku
dan realitiku adalah kepahitan untukku,
jika engkau biarkan hari-hari berlalu
tanpa sentuhan kasih yang lembut...
tentu malam ini tidak lagi bercahaya,
dan siang menjadi kegelapan yang pekat,
aku telah lama berkata pada Azazil,
bahawa aku tidak lagi mampu berdiri...
dalam khayalan yang begitu suram...

No comments:

Post a Comment