Tuesday 23 August 2016

Tuan Salimi

Waktu ini, aku cuba kenangkan dan mengingatkan masa lepas seseorang. Dia seorang pelajar cemerlang dan mendapat banyak anugerah untuk itu. Hidupnya sangat brillian dikelilingi peminat dan orang-orang yang memberi sanjungan yang tinggi, sama ada dari mereka yang sebayanya atau orang yang lebih senior daripadanya. Tentulah aku jeles sekali dengan dia! Tetapi entah kenapa dia berbuat suatu kesalahan sehingga dia dihalau oleh pihak pengurusan. Sangkanya ia akan menjadi kes yang tertutup, tetapi ia telah menjadi khabar angin yang meluas sehingga orang memperkatakan tentangnya. Akhirnya dia dipulaukan dan dicela oleh mereka yang dahulunya memberi kredit yang tinggi kepadanya. Sekarang hidupnya dalam buangan dan dia pun tinggalkan kesemua yang menjadi identiti masa lepas lalu mencipta haluan yang baru.

Dia memang seorang yang ego dan angkuh, tetapi ramah dan terbuka. Tetapi itu kisah dahulu. Hari ini dia sentiasa penuh dengan dendam dan ammarah. Intelektual yang ia miliki bercampur baur antara kebijaksanaan dan kebodohan. Dia sentiasa sahaja mudah mencari musuh kerana apa yang tidak menyenangkan dirinya. Mungkin ini kesan daripada deraan psikologi oleh masyarakat. Kerana itu dia sentiasa bersendirian dan sepi, tetapi bukan seperti aku yang secara "natural"nya adalah Introvert, tetapi kerana ia tidak mudah menerima masyarakat dan masyarakat tidak menerima seadanya padanya.

Walau begitu, kadangkala aku merasakan di sebalik ketajaman mata kebenciannya, adanya kesedihan dan lukanya di dalam hati. Mungkin sebab dia kehilangan banyak perkara masa lepas sehingga dia tidak mampu kembalikannya. Haluan yang ia pilih pada masa sekarang, semata-mata untuk lupakan yang masa lepas. Walaupun kadangkala ia menyesal kesalahan yang lepas dan frust dengan hidup yang penuh permusuhan, dia tetap enggan untuk berubah. Aku kadangkala rasa serba salah permusuhan terhadapnya dan aku hanya semata-mata cuba bertarung dengan apa yang menjadi sebati di mindanya. Tetapi aku tidak ada pilihan melainkan mengambil dia sebagai musuh sepertimana yang dibuat oleh masyarakat. Sebab dia sendiri yang memilih itu dan aku hanya cuma meneruskan sahaja keinginan dia, sambil dalam keadaan simpati dan kasihan terhadapnya.

Sakit aku kerana akibat daripada dia, ia tetap tidak sebanding dengan kesakitan apa yang dia rasai.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku adalah masa lepas kamu. Kamu takkan mampu lari lagi. Kenapa kau begitu benci apa yang kau telah kecapi masa lalu yang penuh kebahagiaan hanya kerana suatu kesalahan? Maafkanlah dirimu sendiri. Aku telah memaafkan kau sejak dahulu lagi. Kamu mungkin tidak sedar kenapa mereka tidak sahaja menyumbat kau di dalam sel penjara dan mereka cumalah menghalau kamu pergi? Tidakkah kamu nampak belas daripadanya? Hukuman itu tidak seberat daripada apa yang sepatutnya. Sepatutnya tidak patut engkau merana sengsara berpanjangan kerna terlalu memberatkan terhadap apa yang telah diringankan. Kau mungkin boleh mengasingkan diri untuk dapatkan semula spirit dan tenaga, tetapi jangan tinggalkan semuanya yang menjadi kebahagiaan masamu yang lalu.

Aku pasti mereka yang memulaukan kamu dahulu juga akan memaafkan kamu kerana mereka rugi kehilangan aset besar di sisi mereka. Engkau adalah cumalah orang yang terjatuh, tetapi terpulang pada kamu untuk terus bangkit atau rebah selama-lamanya. Kau seperti anak lelaki kesayangan orang itu. Aku benar-benar melihat engkau adalah refleksi dan cerminannya. Jangan sesekali mengecewakannya. Tidak ada harapan yang besar melainkan harapan seorang bapa terhadap anaknya. Dia telah lama kehilangan harapan. Jadilah engkau harapan baru untuknya. Agar ia tidak kecewa dengan kehidupan ini. Kehidupan ini sangat indah dan bermanfaat. Nikmat yang paling besar untuk diri kita semua.

Bukankah kau dahulu mengajar bahawa kita semua adalah kesatuan yang tidak berbelah bahagi. Kita berjuang untuk kehidupan. Diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan apa-apa yang ingin kita lindungi. Demi semua ini, kita berjuang! Ya, manusia kadangkala pelupa walaupun dari kata-kata mereka sendiri. Ah! Barangkali itu masa lepas! Jadi, tidak perlu lagi kenang! Namun, adakah patut engkau yang berdiri pada masa sekarang membinasakan dirimu dengan pencampuran kebodohan dan kebijaksaan?

Aku cuma menjadi watak yang lepas kamu supaya engkau kembali. Kembali untuk menyerlah semula. Selebihnya, terpulang pada urusan kau. Aku tidak berniat untuk menggantikan kedudukan diri engkau, tetapi aku cuba menggantikan diri kamu sendiri yang telah pergi terlalu jauh. Ini bukanlah dendam atau membuli kamu, tetapi cumalah belas terhadap kamu.

Ikhlas dari, 
Marzuka Martillo.

---------------------------------------------------------------------------------------------- 

Sama-sama perguruan, mana tidaknya kedua-duanya seakan serupa. Sayang sekali yang kadangkala kemampuan guru pun ada hadnya juga. Mereka boleh mengajar, melatih dan mendidik, tetapi mereka tidak mampu membawa, mencorak dan membina hala tuju dan masa depan murid. Aku di sini meneruskan legasi perguruan itu walaupun sedikit possesi dan abilitas yang dikuasai selain daripada jalan perguruan itu, tetapi sedikit sekali tidak menghilangkan bentuk warisannya. Akan tetapi, orang tersebut mengkhianati jalan tersebut. Kesalahan itu.... agak serius yang kesannya adalah sepertimana yang telah aku beritahu pada (dua) post yang lepas. Namun, aku masih tertanya-tanya kenapa mereka berikan kelonggaran dan belas. Entah sebab dia memiliki aset yang besar atau apa?

Sebab itu, jika bertarung, aku dan dia mempunyai seni yang sama. Seakan-akan aku adalah dia dan dia adalah aku. Diri sendiri yang bertarung dengan diri sendiri. Namun, masih jua ada tetap yang membezakannya selain daripada possessi dan abilitas yang aku sebutkan tadi. Iaitulah tentang kemegahan. Elit seperti dia -yang kadangkala tak mengaku elit kerana konon merendah diri- sesuka hati membuang apa yang telah diwariskan daripada perguruan itu. Inilah sebabnya aku begitu marah dengan dia. Membuang yang menjadi kebanggaan dirinya dahulu dan dikongsi oleh yang lain, lantas menganggap lagi tidak berharga. Entah sebab kesalahan lalu yang ia sesal ataupun kebodohan yang telah menguasai intelektualnya, apa yang penting adalah ia menjadi seteru. Aku bertempur bukan kerana mendaulatkan perguruan yang aku warisi semata-mata, tetapi untuk benamkan pengacau ini yang membinasakan diri dan menggugat orang lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------- 

Anak lelaki itu..... adalah harapan besar seorang si bapa. Beberapa tahun lalu ia meninggal dunia dalam sebuah siri kemalangan. Tentu sekali si bapa itu kesedihan dan patah semangat dengan kehilangan ini. Tetapi entah bagaimana takdir yang berlaku, dua orang mempunyai persamaan dengan si anak itu. Bagai refleksi bayang-bayang dari sebuah pantulan cermin. Si bapa itu seperti sedikit terubat dari duka yang terlalu lama. Iaitulah aku dan "dia". Namun, dia lebih menyerlah berbanding daripada apa yag aku, sehinggakan ia lebih layak mengganti semula apa yang hilang.
Sayang sekali, semenjak penyingkiran dan pemulauan terhadapnya (rujuk post yang lalu), situasi mulai berubah. Harapan yang telah ignat menjadi pudar semula. Dia mulai meninggalkan apa yang menjadi identiti ia dahulu dan merubah kepada satu hala tuju yang begitu berbeza. Tampak seperti akulah yang akan menggantikannya. Namun, aku enggan dan tidak mahu mengambil posisinya sekalipun aku mampu sebab ada sesuatu yang perlu aku tebus dan pantang untuk mengorak minda, cita-cita, intuisi, harapan, azam, tekad dan semangat kepadanya.

Tetapi aku menjadi watak yang seolah-olah sebagai penggantinya semata-mata untuk mengembalikan dia agar kembali menyerlah. Tidaklah untuk menghukum kerana ia telah pun menerima hukumannya dan tidak pula mencelanya kerana ia sudah dapat apa yang sepatutnya. Karena dia sendiri telah lupa apa yang ia ucapkan dahulu. Bagaikan ikhlas yang dahulu telah hilang, hari ini menjadi sia-sia usahanya masa lepas. Namun, aku tidak akan membiarkan rugi selagimana masih ada hayat.
Tentu sahaja si bapa terkilan kerana aku mewarnai wataknya tetapi tidak menjadi harapannya. Maafkan aku. Aku tidak tahu bila ia akan kembali. Namun, jangan lelah menunggu. Lebih baik berharap daripada berputus asa. Jika tidak, tentu aku tidak akan teruskan langkah ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------- 

The only left is me and tuan Salimi. He... the one who full of hatred just like me as the one who filling this place with compassion. There are no different enough between me and him since he is the reflection mirror of someone except no one will accept him as he is. Anger, resentful, wramth and frustated always killing him pieces to pieces, but he didn't care of his own annihilation. For the grudge of me, i'm suffering with his curse on his tounge, but this pain aren't more comparable to him. I don't know what's for his living, his dreams, his destination and his ambition, what i do know is i'm the one of his antagonist and his slice of beserk. Dear tuan Salimi..... just forget it! This world is enough for what you need, but not your greed. 

-Gambar Hiasan-









Sumberhttps://www.facebook.com/notes/marzuka-martillo/tuan-salimi/1037435972973662

No comments:

Post a Comment