Tuesday 23 August 2016

Kehilangan Kawan Dan Personaliti Diri

Maaf, aku tidak tahu apa itu yang dikatakan "kawan". Apa yang aku tahu adalah "Komunikasi". Itu sahaja.


Yang dikatakan "kawan" dalam kamus kehidupan aku memang tidak ada. Kalau aku sebut pun, ia cuma tinggal sebutan sahaja. Ramai yang dikatakan "kawan" itu datang dan pergi. Kadangkala, pemergian mereka, aku seperti tidak menghargainya pada waktu itu, tetapi aku akan hargainya barnagkali lima tahun akan datang bergantung pada gelombang emosi aku. Datang tanpa didguna dan pergi tanpa dipinta. Aku seperti orang yang menjaga tol, berborak dengan pemandu yang melalui lorong tersebut untuk beberapa masa, kemudian pergi sebegitu sahaja. Bagai bayang-bayang yang telah hilang.

Aku perasan ada yang dikatakan "kawan" itu perlahan-lahan tinggalkan aku setelah lama berinteraksi lama. Kadangkala mereka nampak aku tidak sedar pergerakan mereka yang buat-buat tidak tahu tentang aku. Tetapi, aku ada cara untuk selamatkan ini semampu yang boleh. Kalau sesiapa yang perasan (untuk pengguna Facebook), mengapa aku selalu tag video lagu atau yang lain? Semua ini adalah untuk kekalkan renggangan. Aku akui ada yang aku terlupa sebab sememangnya sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana perhubungan tidak lagi kesampaian. Aku hanya lepaskan pergi sama ada rasa berat atau kadangkala aku tidak pernah peduli pun dia akan terus mewujud ataupun tidak.

Kadangkala bukan salah mereka pun, aku punya hal juga. Aku sebagai Introvet sememangnya kecenderungan aku memang untuk bersendirian dan pasif dalam sosial. Mereka yang telah kenal aku selama ini dan ada kenangan bersama, pasti menganggap aku tidak hargai persahabatan mereka. Sebenarnya bukan begitu. Aku akui yang aku bukan boleh handle "small talk", celoteh tanpa henti dan mengikut arus trend semasa dan sekeliling. Disebabkan aku pancaran internal lebih menguat berbanding eksternal, aku selalunya mengambil haluan solitari. Aku lebih menemui kepuasan, kelegaan dan ketenangan di sini.

Aku bukan tidak hargai dan aku juga bukan tidak peduli, cuma landskap lensa mata aku tidak sama berbanding yang lain. Kerana itu aku ada tafsiran sendiri mengenai "menghargai orang", "peduli tentang orang", ekspresi emosi, perspektif dalam komunikasi dan lain-lain. Berbeza pada ini bukan menghasilkan kebencian antara satu sama lain, tetapi aku dibentuk dengan bakat-bakat yang mewujud dalam diri. Aku cuma menggunakan sahaja sistem yang dibina untuk diri aku dan aku utilisasikan sesuai dengan kepabilitasnya dan fiturasi padanya.

Sememangnya aku berharap tidak ada salah faham di sini. Aku bukan sama seperti dahulu yang tidak tahu psikologi pada introversi dan karakteristik personaliti pada masa itu. Sekarang dengan menyedari bakat-bakat semulajadi, aku menyusun semula struktur kehidupan agar hala tuju tidak terlalu berhadapan dengan kepayahan dan penderitaan. Ini bukan ego, tetapi ini luahan agar sahabat-sahabat memahami kita semua berbeza dalam dimensi realiti bagi diri.

Tidak perlu lagi sangka yang aku tidak punya kasih atau peduli dengan sesiapa. Aku tersembunyi, tetapi aku bukanlah terasing. Demikianlah aku. Sekalipun aku akan melibatkan diri dalam pergaulan, berceloteh dan berparti bersama masyarakat. Tetapi ingat yang setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya kembali ke belakang kerbau juga. Itulah juga bagi Introvet. Akhirnya, mereka akan bersendirian, banyak senyap, pasif dan berbuat hal sendiri. Aku menghilangkan diri, tetapi aku tetap di sini.

Biarlah orang kata apapun, aku sebenarnya sudah bahagia menjadi ini. Cara kita mencapai kebahagiaan tidak sama antara satu sama lain. Janganlah terlerai persahabatan kerana jurang berada di antara kita tidak difahami dengan baik yang akhirnya interaksi kita sangat diffikul. Mana-mana yang telah menjadi sahabat lama, khususnya sahabat persekolahan dan pekerjaan, kamu semu masih dalam laman diriku.

Mungkin sekarang, kadangkala aku berang, kehausan dan keberatan kalau bertembung atau bersosial serta dilihat tidak menghargai suasana sedia ada yang kita lalui sama ada selama sebentar atau tempoh yang panjang, tetapi percayalah, emosi aku yang tidak cukup stabil selalunya akan melayarkan projektor kenangan dan memori bersama kamu. Mungkin dua tahun lagi, tetapi apabila buaian emosi menerpanya, sememangnya aku tidak akan mampu mengelak lagi.

Jadi, hakikatnya kita cuma berkomunikasi sahaja, tidak lebih daripada itu. Maafkan aku untuk kesemua perkara dan terima kasih menjadi kenangan komunikasi.

No comments:

Post a Comment